Latihan Tatabahasa C 1-5

TATABAHASA C1

1. Dia mempergunakan saya sebagai _______________ untuk menjawat jawatan itu.

A. batu loncatan  B. batu alas  C. hati batu  D. batu  giling

2. Kita mesti____________ semasa guru mengajar.

A. rabun ayam  B. kaki ayam  C. buta huruf  D. pasang telinga

3. Diana mencurahkan____________ nya kepada abang saya.

A. ambil hati  B. isi hati  C. buah hati  D. mata hati

4. Apabila terdengar berita sedih itu mukanya menjadi_____________ macam mayat.

A. biru  B. putih  C. pucat  D. hitam

5. Walaupun masih kecil namun dia____________ macam pendeta.

A. degil  B. lurus  C. bijak  D. baik

6. Raja negeri Antah Berantah itu__________ macam firaun.  

A. zalim  B. degil  C. liar  D. buas

7.___________ roda kereta kuda itu dibuat daripada kayu.

A. jejari  B. tetupai  C. kekuda  D. lelabu. 

8. ____________ lah ketika memegang ______________ kaca itu.

A. Bercermat-cermat, bebalai   B. Beragak-agak, dedahan   C. Berhati-hati, berbuli  D. Perlahan-lahan, deduri

9. Kita mestilah menghormati jiran____________.

A. tetamu  B. tetangga  C. sesama  D. kekisi

10. __________ yang rendang itu ditanam oleh tukang kebun sekolah saya.

A. Dedaun  B. Kekabu  C. Lelangit  D. Pepohon

11. Ayah memberikan beberapa____________ tebu kepada budak kecil itu.

A. buku  B. ketul  C. ruas  D. ulas

12. Beliau mendeklamasikan se__________ sajak hasil nukilan S.Y.Din.

A. jalur  B. buah  C. gugus  D. untai

13. Ibu kehilangan se___________cincin dan se__________ rantai emas.

A. buah, jalur  B. ketul, gugus  C. biji, untai  D. bentuk, utas

14. Kelincahan gadis itu menjadi ____________ penduduk kampung kami.

A. buah mulut  B. rambang mata  C. mata keranjang  D. kutu rambu

15.''Janganlah berasa ____________ apabila melihat dia membeli basikal baru,'' kata Loke Sim kepada Min Chin.

A. besar hati  B. kepala angin  C. iri hati  D. patah hati

16. Kami telah____________ hendak mendaki gunung Everest.

A. bulat hati  B. isi hati  C. busuk hati  D. makan hati

17. Dia memang ___________. Setiap  hari asyik tidur saja .

A. anak angkat  B. anak emas  C. rabun ayam  D. berat tulang

18. Penjenayah yang_________itu telah dibawa ke lokap.

A. diberkas  B. dicelup  C. dijaga  D. ditanya 

19. Kakak____________ tin biskut itu di atas kepalanya.

A. menjinjing  B. menatang  C. menjunjung  D. memikul

20. Dia berjalan____________ kerana tapak kakinya luka.

A. terkedek-kedek  B. tergerak-gerak  C. terangguk-angguk   D. terhincut-hincut


TATABAHASA C2

1. Setelah berada ____________ di luar negeri, kami berasa___________ akan kampung halaman.

A. jauh, sedih  B. cepat,pilu  C. lama, rindu  D. sering, pedih

2. Masakan yang dihidangkan oleh  kakak itu__________.

A. pedas  B. perit  C. lembab  D. hanyir

3. Lekatkan poster ini_________ dinding ___________ menggunakan pelekat itu.

A. di, dan  B. pada, dengan  C. dari, pada  D. daripada, kepada

4. Walaupun dia lebih rendah_________ pemain bola keranjang lain, __________ pengerakannya lincah.

A. dari, dengan   B. daripada, namun   C. pada, dan   D. daripada, kerana

5. Dia masih marah_________ kami_________ peristiwa itu telah kami lupakan.

A. kepada, kerana  B. pada, walaupun  C. dari, namun  D. ke, meskipun

6. __________ negara telah dibentangkan oleh menteri kewangan pada bulan Oktober yang lalu.

A. Belanjawan   B. Sasterawan   C. Usahawan   D. Niagawan

7. Para__________ itu telah diberikan Sijil Penghargaan kerana membantu mangsa-mangsa banjir itu.

A. peragawan    B. seniman   C. angkasawan  D. sukarelawan

8._________ yang memperagakan fesyen-fesyen itu terdiri daripada rakyat malaysia.

A. Biduanita   B. Peragawati    C. Bangsawan    D. Jutawan

9. Kami berlatih bermain bola sepak _____________ stadium ________ tiap-tiap hari.

A. di, di   B. pada, pada   C. di, pada   D. pada, di

10. Pelancong_________ Taiwan itu menginap __________ Hotel Istana.

A. dari, di  B. daripada, di  C. pada, pada  D. ke, pada

11. Ini kuih ________ yang pedas itu.

A. epok-epok  B. kura-kura  C. api-api  D. orang-orang

12. Tauke kedai itu mengira wang dengan __________ .

A. beri-beri   B. jemput-jemput   C. dekak-dekak   D. tempat-tempat

13. _________ saja yang ingin masuk mestilah mengambil pas kebenaran terlebih dahulu.

A. Mana-mana   B. Apa-apa   C. Bila-bila   D. Siapa-siapa

14. Entah pada pukul__________ abang saya akan pulang dari pejabatnya.

A. bila-bila  B. apa-apa  C. mana-mana  D. berapa-berapa

15.________ kanak-kanak yang berusia enam tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan kilang ini.

A. Setengah   B. Para   C. Semua   D. Berbagai

16. Saya _________ pernah pergi ________ taman permainan itu.

A. akan, di   B. selalu, di   C. bukan, ke   D. tidak, ke

17. Kamu _________ membantunya sekarang _________.

A. mesti, juga   B. amat, hanya   C. barangkali, begini    D. lagi, saja

18. Budak nakal yang _________ ponteng sekolah itu _________ dirotan oleh ayahnya.

A. sering, saja   B. mesti, hanya   C.selalu, telah   D. lagi, sungguh

19.________ manusia mestilah mengamalkan sikap bertolak-ansur untuk mengekalkan keamanan dunia.

A. Para-para   B. Tiap   C. Setengah   D. Setiap

20.________ pakaian  yang dibelinya berwarna kehijau-hijaun.

A. Kebanyakan    B. Masing   C. Berbagai   D. Sekalian

TATABAHASA C3

1. Berapa ____________  meriam lama ditemui di gua itu.

A. butir    B. batang    C. laras    D. ketul

2. Dia menemukan ___________ kunci yang dilaporkan hilang itu.

A. selonggok    B. sekumtum    C.serawan   D. seberkas

3. Julian membayar sebanyak RM90 untuk mendapat ________ kasut.

A. sehelai    B. sekaki    C. sepasang   D. serawan

4. Kek Hock menggunakan __________ peluru untuk menembak monyet itu.

A. sebentuk    B. sebutir    C. selaras    D.sebilah

5. Beberapa __________ pukat yang koyak telahdijahit oleh datuk saya.

A. rawan    B. keping    C. helai    D. pucuk

6. Cikgu berkata, ''Murid-murid, _________ mesti menghadiri kelas pada hari sabtu ini.''

A. kami    B. awak    C. kamu    D. saya

7.''Sudah lama _________ tidak mendengar khabar tentang diri __________ ,'' kata Lim kepada budak-budak itu.

A. saya, kalian    B. kami,kau    C. anda, engkau    D.  kamu, kita

8._______ merupakan putera Raja Perlis.

A. baginda    B. dia    C. beliau    D. engkau

9.'' _________ amat  kesal akan sikap negatif yang ditunjukkan oleh sesetengah rakyat terhadap pembangunan negara ini,'' titah Sultan Perak.

A. Baginda    B. Patik    C. Beta    D. Tuanku

10. Pekerja itu melonggok beberapa _________ kelapa sawit  di tepi se _______ jalan raya sebelum diangkut ke kilang.

A. biji, buah    B. tandan, batang    C.sisir, jalur    D. sikat, kerat

11. Adik telah makan tiga ___________ tebu itu.

A. ruas    B. utas    C. ulas    D. buku

12. Buah anggur yang dijual oleh Pak Abu hanya tinggal___________ .

A. sekelompok    B. gerombolan    C. ketumbukan    D. buah      

13. Beberapa _____________ tentera Malaysia telah dihantar ke Somalia.

A. kawan    B. ketumbukan    C. sebuah    D. segugus

14. Se ____________ banduan telah melarikan diri ke dalam hutan.

A. gulung     B. golong      C. bidang    D. orang

15. Anggota tentera itu melepaskan tiga _________ tembakan ke udara.

A. ruas    B. buku    C. cap    D. das

16. Dia mempergunakan saya sebagai __________ untuk menjawat jawatan itu.

A. batu loncatan    B. batu alas    C. hati batu    D. batu giling

17. Kita mesti __________ semasa guru mengalar .

A. rabun ayam     B. kaki ayam   C. buta huruf    D. pasang telinga

18. Diana mencurahlan _________ nya kepada abang saya.

A. ambil hati    B. isi hati    C. buah hati    D. mata hati

19. Apabila terdengar berita sedih itu mukanya menjadi ____________ macam mayat.

A. biru    B. putih    C. pucat    D. hitam

20. Walaupun masih kecil namun dia ___________ macam pendeta.

A. degil    B. lurus    C. bijak    D. baik

TATABAHASA C4

1. Sesiapa yang tidak ________peraturan sekolah akan didenda.

    A. patuhi     B. mematuhi     C. dipatuhi      D.k epatuhan

2. Makanan dan penginapan_________oleh pihak penganjur.

    A. bersedia     B. menyediakan      C. tersedia     D. disediakan

3.____________Jepun banyak meninggalkan kesan kepada rakyat.

    A. Menjajah      B. Dijajah       C. Penjajahan      D. Jajahan

4. Abang_________batang ubi kayu itu pendek-pendek.

    A. memangkas    B. mengerat     C. mencencang    D. menghiris

5. Rantai leher Mimi ___________orang petang tadi.

    A. dirampas    B. disambar    C. diambil     D. direnggut

6. Harga dua__________coklat itu ialah RM3.00.

    A. buku      B. gugus     C. bungkus     D. cucuk

7. Cheng Wah mencari____________kuncinya yang hilang.

    A. sesikat     B. sekelompok      C. sepasang     D. sejambak

8. Polis mengadakan sekatan di beberapa_________ jalan raya.

    A.batang    B.bidang    C.pasang     D.potong

9."Kami amat_________tentang kebajikan para pekerja," kata encik Law.

    A. mengambil hati     B. mengambil berat      C. mengambil angin     D. mengambil telinga

10. Lisa tidak akan __________kawan baiknya.

    A. membuka langkah     B. membuka tembelang     C. membuka mulut    D. membuka mata

11. Lelaki itu_________bapanya sebagai guru.

    A. mengalih langkah    B. mengikut telunjuk     C. mengasah bakat    D. untuk

12. Julia diumumkan___________pemenang dalam pertandingan itu.

    A. seperti    B. sebagai    C. tentang     D. untuk

13._________makan,cucilah tangan kamu dahulu.

    A. Selagi     B. Sejak    C. Selama     D. Sebelum

14.___________tinggal berjauhan, kami sering beratus surat.

    A. Seandainya    B. Sementara     C. Semenjak    D. Sehingga

15. Kita mesti menghindarkan perkara-perkara yang ________.

    A. malang    B. jahat     C. buruk     D. hina

16. Orang yang________harus kita bantu.

    A. susah    B. boros    C. kusus     D. gila

17. Kereta itu __________selepas berlanggar dengan sebuah bas.

    A. retak    B. remuk    C. ancur     D. pecah

18. Salwa membasuh pakaian itu hingga_______.

    A. baru    B. bersih    C. elok     D. lusuh    

19."Saya tidak __________," kata Ah Huat.

    A. berbaik-baik    B. bergurau-gurau     C. berkata-kata    D. berelok-elok

20. Gadis itu _______apabila diusik.

    A. tersipu-sipu    B. terkelip-kelip     C. tergelak-gelak    D. terangguk-angguk

TATABAHASA C5

1. Rombongan itu singgah di Kuala Lumpur_______ sahaja .

A. telah    B. lama    C. kemudian    D. sekejap

2. Kuih_muih yang dijual oleh penjaja itu sangat ________ .

A. lazat   B. merdu   C. gembira   D.m ewah

3. Keluarga Amin ________ bertolak ke Singapura sekarang .

A. telah   B. belum   C. masih   D. sedang

4. Rumah Siti terletak ________ dari sini .

A. jauh   B. panjang   C. lama   D. jarang

5. Pelajar yang _________ itu sangat disayangi oleh kedua_dua ibu bapanya .

A. bodoh    B. malas   C. pandai    D. degil

6. Pekerja yang rajin itu _________ datang awal ke sekolah .

A. lewat    B. selalu    C. malas    D. jarang

7. Mereka ________ sahaja sampai di perhentian bas yang terletak tidak __________ dari
rumah mereka .

A. lama, baru   B. masih, dekat   C.sedang, berapa    D. baru, jauh

8. Baju itu sangat cantik tetapi tiada seorang pun membelinya kerana harganya sangat ________ .

A. murah   B. sederhana   C. mahal   D. cantik

9. Budak kecil itu tidak dapat mengangkat beg yang ________ itu

A. berat   B. ringan   C. kecil   D. lembut

10. Lauk itu sangat _________ kerana mengandungi  banyak garam .

A. manis    B. masam    C. pahit    D. masin

11. Air sungai itu mengalir dengan _________ selepas hujan lebat .

A. laju   B. deras    C. cepat    D. lambat

12. Budak nakal yang suka bermain di tepi jalan itu ___________ dilanggar oleh sebuah kereta 
pagi tadi.

A. lebih    B.s ampai    C. nyaris    D. belum

13. Sejak kebelakangan ini , Johan _______ menulis surat kepada saya .

A. cepat   B. jarang   C. dekat  D. perlahan

14. Pemuda itu suka membawa kereta dengan __________ .

A. kuat    B. fasih   C. cergas   D. laju

15. Angin bertiup dengan _________ di kawasan itu malam tadi .

A. laju   B. kuat   C. kencang  D. deras

16. Bayi itu tidur dengan __________ nya di dalam buaian .

A. sedap    B. merdu    C. nyenyak   D. seronok

17. Budak nakal itu __________ berbual-bual semasa perhimpunan sekolah diadakan .

A. suka    B. kurang    C. juga    D. asyik

18. Projek perumahan itu sangat _________ untuk dilaksanakan .

A. rumit    B. sukar    C. jelas     D. kabur

19. Encik Hassan menasihat anaknya makan dengan ________ , jangan terlalu gelojoh .
A. baik-baik     B. perlahan-perlahan     C. sedikit-sedikit   D. lambat-lambat

20. Fatimah menari dengan _______  di majlis hari jadi adiknya .

A. cepat    B. hebat    C. perlahan-perlahan    D. rancak

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
nyawa ikan, lidah biawak, makan angin, makan hati, 
keras hati, otak cair, panjang tangan, pencuci mulut, 
putih tulang, putih mata, mulut tempayan, meninggal dunia


1. Budak itu .......................... dia belajar hingga berjaya.

2. Janji mulut orang itu tidak boleh dipercayai kerana dia ...........................

3. Pada bulan lalu keluarga kami pergi ........................... di Pulau Tioman.

4. Orang tua itu ...............................sejak isterinya ...........................

5. Seorang kawan saya itu ...........................

6. Pembonceng motosikal yang terjatuh dari motosikal itu dalam keadaan .........................

7. Syahira ..........................dia berjaya naik ke darjah lima dalam ujian penilaian tahun tiga.

8. Laki-laki yang .......................itu akhirnya ditangkap polis.

9. Ibu menyediakan aiskrim sebagai .........................

10. Moto perajurit negara kita ialah biar ....................., jangan ..........................


BAHASA KIASAN

1. Pelawak itu tinggi seperti ________ .

A. langit                                          C. pokok
B. galah                                           D. kayu

2. Bilik ini panas macam ________ .

A. matahari                                    C. api
B. batu                                           D. lilin

3. Anjing Hang Seng jinak seperti ________ .

A. tikus                                           C. burung
B. kucing                                         D. merpati

4. Rambut Ah Suan panjang macam ________ .

A. tali                                              C. tangga
B. kain                                             D. sungai

5. Kopi ini manis seperti ________ .

A. gula-gula                                      C. madu
B. gula                                              D.bunga

6. Adik Munir takut seperti ________ .

A. tikus                                              C. durian
B. cempedak                                     D. bunga

7. Sup ini masin macam ________ .

A. air sungai                                      C. rumput
B. pasir                                              D. garam

8. Tulisan Lee Seng halus macam ________ .

A. ulat                                                C. anai-anai
B. kuman                                           D. asap

9. Pahlawan itu gagah macam ________ .

A. polis                                              C. raja
B. gergasi                                          D. gajah

10. Budak yang ________ itu ialah adik Kim Lui .

A. tua seperti lengkuas                        C. tajam seperti pisau
B. tinggi seperti galah                          D. tumpul seperti belakang parang


KATA ADJEKTIF


Tandakan (B) pada ayat betul dan (X) pada ayat yang tidak betul .

1. Anjing itu sangat garang. (    )

2. Saya amat berlari dari sini ke kedai itu. (    )

3. Di antara kami, dialah yang paling tinggi. (    )

4. Anis amat menjerit apabila mendengar berita itu. (    )

5. Murid baru itu amat pandai melukis. (    )

6. Bajunya lebih merah daripada baju saya. (    )

7. Pisau itu perlu diasah kerana tumpul. (    )

8. Wajah Rozita masam apabila disindir oleh kakaknya. (    )

9. Umurnya baru dua belas tahun tetapi dia amat besar daripada ibunya. (     )

10. Buah rambutan di sekeliling rumahnya benar manis. (    )


PENJODOH BILANGAN


1.Se_____________buluh tumbuh dengan subur di tepi sungai itu.

A.kerat

B.rumput

C.ruas

D.bilah

2.Dia memayungkan adiknya dengan se___________payung yang berwarna-warni.

A.batang

B.kaki

C.utas

D.uluas

3.Setelah makan tengah hari,dia pun makan se________nanas.

A.potong

B.tangkai

C.ruas

D.ulas

4.Dia membeli dua _____________filem kerana dia akan melawat Zoo Negara esok.

A.naskhah

B.butir

C.tandan

D.gulung

5.Puan Lee baru membeli se___________anting-anting dari kedai emas itu.

A.kuntum

B.pasang

C.berkas

D.jambak

6.Se__________________kapak digunakannya untuk mengapak pokok itu.

A.batang 

B.bidang

C.bilah

D.potong

7.Di pekan kecil itu terdapat tujuh _____________________kedai sahaja.

A.jemput 

B.papan

C.tingkat

D.pintu

8.Polis itu menyandang se______________________senapang.

A.batang

B.kerat

C.puntung

D.laras

9.Sebatang tebu itu ada sepuluh___________________semuanya.

A.rangkap

B.ruas

C.potong

D.cebis

10.Ali memakai se_________________songkok yang baru dibelinya.

A.biji

B.helai

C.buah

D.gulung



1. Cubalah  bersungguh-sungguh (ketika,setelah,sehingga) berjaya.

2. Mereka  sedang  berbual-bual (tentang,kecuali,serta) kemalangan   jalan  raya  yangberlaku  pagi  tadi.

3. Dia  memulas  kain  itu (kerana,sementara,hingga) kering.

4. Semua  penduduk  kampung  sibuk  bekerja (sementara,manakala,meskipun) dia  berpeluk  tubuh  sahaja.

5. (Selepas,Semenjak,Manakala) Menteri  Pendidikan  selesai   berucap,beliau  akan  menyampaikan  hadiah  kepada  para   pemenang.

6. Amran  mendapat  keputusan  yang  baik  dalam   peperiksaan (kerana,ketika,tetapi) dia  belum  berpuas  hati.

7. Semua  murid  menumpukan  perhatian (sebelum,sewaktu,selepas) cikgu   mengajar.

8. Cikgu  Kalsom  menasihati  Rajeswari (melainkan,sehingga,supaya) sentiasa  rajin  belajar.

9. (Walaupun,Sementara,Setelah) menunggu  padi  masak,petani  itu   menanam  sayur-sayuran.

10. Bayi  itu  menangis (apabila,agar,serta) berasa  lapar.






No comments:

Post a Comment