TATABAHASA B 1
1. Ramli ingin menceburkan diri dalam bidang_____________.
A. peniaga B. perniagaan C. memperniagakan D. berniaga
2. Saya berpeluang untuk ____________ acara perbarisan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.
A. menyertai B. beserta C. penyertaan D. menyertakan
3. Kumar dan Kim Boon tinggal ____________ sejak lima tahun yang lalu.
A. menghampiri B. berhampiran C. hampir D. perhampiran
4. Pak Khamis memiliki sepuluh __________ tanah sawah.
A. buah B. kelompok C. batang D. bidang
5. Pihak polis merampas beberapa ___________ pistol daripada perompak-perompak itu.
A. pucuk B. patah C. ketul D. biji
6. Emak membeli lima ___________ pisang untuk Makcik Limah.
A. kotak B. cucuk C. sikat D. biji
7. Se_________ burung merpati hinggap di bumbung rumah.
A. puntung B. kawan C. rangkap D. jambak
8. Para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna ___________ lawatan itu.
A. daripada B. dengan C. dari D. untuk
9. Banyak orang yang tidak bersetuju ____________ pendapat Zainal itu.
A. akan B. dengan C. untuk D. seperti
10. _________ saya _________ dia tidak akan menyertai perkhemahan pengakap pada minggu depan.
A. Entah, entah B. Baik, mahupun C. Jangankan, pun D Makin, makin
11. _________ bapanya meninggal dunia, Serilah yang menyara keluarganya.
A. Hingga B. Kerana C. Sejak D. sewaktu
12. Rashid Sidek tersenyum __________ melambai-lambaikan tangannya kepada orang ramai.
A. maka B. tetapi C. atau D. sambil
13. Padi yang _______ itu akan dituai tidak lama lagi.
A. kebiru-biruan B. kemerah-merahan C. kehijiau-hijiauan D. kekuning-kuningan
14. Mereka _________ di tepi laut.
A. porak- peranda B. mandi- manda C. riuh-rendah D. ramah-tamah
Soalan no.15-17. Pilih kata lawan yang sesuai bagi perkataan bergaris.
15. Nenek dapat mengangkat kotak yang berat itu.
A. besar B. banyak C. ringan D. kuat
16. Pendaki-pendaki itu sedang berehat di puncak Gunung Kinabalu.
A. bawah B. dalam C. kaki D. atas
17. Puan Zura berasa sangsi akan kejujuran pemuda itu.
A. benci B. yakin C. suka D. lega
18. Wanita itu sanggup __________ untuk menyelamatkan anaknya.
A. berat hati B. berbelah bagi C. bergadai nyawa D. berhati batu
19. "Janganlah mencuba ________________ saya dengan kata-kata manis itu," kata Rozita kepada Ali.
A. mengaburi mata B. mendarah daging C. memeras ugut D. mencuci mata
20. Adik ____________ apabila melihat alat-alat permainan itu.
A. putih mata B. ringan tulang C. rabun ayam D. rambang mata
TATABAHASA B2
1. Sufian bukan saja pandai bermain hoki ___________ pandai bermain bola sepak.
A. apatah lagi B. mahupun C. tetapi juga D. tambahan pula
2. Saya akan ke sana hanya__________ kerja-kerja di sini sudah selesai.
A. sehingga B. jika C. selagi D. sejak
3. Perempuan itu berasa yakin ___________ anaknya akan pulang pada suatu hari nanti.
A. jika B. apabila C. kerana D. bahawa
4. Kami membeli se__________ buah anggur sebagai buah tangan untuk Rohani.
A. gugus B. tandan C. ulas D. ikat
5. Harga __________ kasut buatan Itali itu lebeh mahal daripada cincin emas ini.
A. sehelai B. selembar C. sebuah D. sepasang
6. Pak Wan turun ke laut sambil membawa se___________jala.
A. keping B. rawan C. papan D. bidang
7. Galah yang paling panjang itu digunakan _____________ mengait buah kelapa.
A. dengan B. daripada C. kepada D. untuk
8. Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan ____________ pinang dibelah dua.
A. tentang B. oleh C. seperti D. sejak
9. ____________ itu sedang menggayakan baju kurung tradisional.
A. Peragawati B. Olahragawati C. Seniwati D. Sukarelawati
Soalan 10 hingga soalan 14
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong yang bernombor dalam petikan di bawah ini.
Bunga raya memang terkenal di seluruh dunia. Bunga ini (10) sebagai pohon yang sejenis dengan pohon kapas dan bendi. Bunga ini dapat (11) dalam pelbagai warna. Namun demikian, yang berwarna merah tualah yang paling (12) orang. Bunga raya dapat juga dijadikan bahan ubat untuk (13) . Untuk (14) alis mata, cecair dari kelopak bunga raya digunakan orang sebagai pewarna.
10. A. golongan B. tergolong C. menggolongkan D. penggolongan
11. A. menemukan B. menemui C. penemuan D. ditemukan
12. A. diminati B. meminati C. berminat D. peminat
13. A. mencantikkan B. kecantikan C. mempercantik D. cantik
14. A. menghitamkan B. kehitaman C. hitam D. menghitam
Soalan 15 dan soalan 16
Beri kata lawan bagi perkataan yang bergaris.
15. Beberapa orang ahli menyokong usul yang diutarakan oleh pemuda itu.
A. membangkang B. menyoal C. menerang D. menjawab
16. Musim kemarau menyebabkan penduduk desa itu mengalami kesusahan.
A. panas B. dingin C. tengkujuh D. sejuk
Soalan 17 dan soalan 18
Pilihlah kata ganda yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.
17. Para pelajar itu sedang _____________ mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan menjelang.
A. bergopoh-gapah B. tunggang-langgang C. bertungkus-lumus D. riuh-rendah
18. Sikapnya yang _____________ itu menyusahkan kami.
A. kecil-kecilan B. keanak-anakan C. berkejar-kejaran D. kehairan-hairanan
Soalan 19 dan soalan 20
Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.
19. Setelah lama tinggal di Semenanjung Malaysia, keluarga Swee Mei akan ___________ ke Sarawak pula.
A. beralih B. beralih akal C. berbelah bagi D. bertikam lidah
20. Mohanlah yang menjadi ____________ dalam persatuan belia ini.
A. titik peluh B. terang hati C. tulang belakang D. tajam akal
TATABAHASA B3
1. "Mengapakah _____________ tidak datang ke rumah saya semalam?" tanya Peng Sun kepada kawan-kawannya.
A. mereka B. anda C. engkau D. kalian
2. ____________ hasil kraftangan dipamerkan di Pusat Pameran Karyaneka.
A. Beberapa B. Pelbagai C. Setengah D. Ketiga-tiga
3. Mak Ton tidak berselera untuk makan. Dia makan _____________ nasi saja.
A. sejambak B. sekelompok C. sekepal D. seketul
4. Pembahas itu memulakan perbahasannya dengan _____________ pantun.
A. serangkap B. sejambak C. seutas D. setangkai
5. ___________ pelajar, kita harus patuh kepada undang-undang.
A. Seperti B. Sebagai C. Sejak D. Terhadap
6. Oleh sebab keletihan, _____________ tertidurlah si miskin itu di bawah pohon beringin.
A. agar B. hingga C. serta D. maka
7. _____________ betul _____________ tidak berita ini.
A. Kian...kian B. Entah...entah C. Makin...makin D. Baik...baik
8. Makcik Midah merebus ubi kayu itu hingga ____________.
A. lembik B. lembut C. lemau D. empuk
9. Gadis yang jelita itu memakai baju kurung dengan potongan ____________ di sebelah kiri.
A. condong B. serong C. bengkok D. bongkok
10. Gurdip Singh menjalankan tugas-tugasnya dengan penuh____________.
A. meyakini B. meyakinkan C. berkeyakinan D. keyakinan
11. "Kemalangan itu sungguh dahsyat dan ____________," kata Aris kepada Zul.
A. menakuti B. menakutkan C. ketakutan D. takut
Soalan 12 dan soalan 13
Kata yang bergaris ialah kata ganda. Pilihlah kata ganda yang menunjukkan bilangan banyak.
12. A. Kanak-kanak itu menangis apabilah ditinggalkan oleh ibunya.
B. Abang membelikan adik gula-gula.
C. Kotak-kotak itu tersusuh di dalam stor.
D. Setiap manusia harus patuh kepada undang-undang.
13. A. Lauk-pauk yang tidak habisdimakan itu disimpan oleh Aini.
B. Abang saya bertugas sebagai mata-mata.
C. Banyak orang yang lalu-lalang di jalan ini.
D. Sehari-harian saya menunggu kamu.
Soalan 14 dan soalan16
Pilih simpulan bahasa yang sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.
14. Pemuda itu meninggalkan kampung untuk ____________ di Kuala Lumpur.
A. mencuit hati B. mengambil berat C. mengadu untung D. mengikut jejak
15. Penduduk Kampung Belanja sudah _____________ untuk membina sebuah surau.
A. bulat kata B. besar hati C. berat hati D. burut siku
16. "Janganlah menjadi _____________ apabila di sekolah nanti," kata Puan Zaiton kepada anaknya.
A. putih mata B. kaki bangku C. paku belanda .D kera sumbang
Soalan 17 dan soalan 18
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
17. Kerja-kerja pembinaan sekolah itu sudah selesai.
A. runtuh B. terbengkalai C. siap D. mula
18. Dia berduka kerana gagal dalam peperiksaannya.
A. bersedih B. bersenang C. bergembira D. bermuram
Soalan 19 hingga soalan 20
Pilihlah ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang bergaris.
19. Lima orang pemuda yang disyaki terlibat dalam suatu rompakan telah ditangkapoleh polis.
A. Lima orang pemuda telah ditangkap oleh polis yang disyaki terlibat dalam suatu rompakan.
B. Lima orang polis yang disyaki terlibat dalam satu rompakan telah ditangkap oleh pemuda.
C. Lima orang pemuda dan polis yang disyakit terlibat dalam suatu rompakan telah ditangkap.
D. Polis telah menangkap lima orang pemuda yang disyaki terlipat dalam suatu rompakan.
20. "Simpanlah barang-barang kamu di tempat yang selamat," kata pengawal keselamatan itu kepada Mahmut.
A. pengawal keselamatan itu menyimpan barang-barang Mahmud di tempat yang selamat.
B. pengawal keselamatan itu menasihati Mahmud supaya menyinpan barang-barangnya di tempat yang selamat.
C. pengawal keselamatan itu menegur Mahmud kerana menyimpan barang-barangnya di tenpat yang selamat.
D. pengawal keselamatan itu mempelawa Mahmud menyimpan barang-barangnya ditempat yang selamat.
TATABAHASA B4
1. Dia menggunakan selimut yang tebal untuk ______________ badannya.
A. panas B. berpanas C. memanasi D. memanaskan
2. Beberapa orang pagawai yang melakukan _____________ akan dikenakan tindakan undang-undang.
A. menyeleweng B. menyelewengkan C. penyelewengan D. penyeleweng
3. Bapa saudara Tan Wing suka _______________.
A. pengembara B. berkembara C. mengembara D. pengembaraan
4. Kenny Lim, pernah _____________ sebuah kumpulan muzik lima tahun lalu.
A. pertubuhan B. ditubuhkan C. penubuhan D. menubuhkan
5. Para siswazah akan mengusahakan projek ternakan ikan di se_____________ tanah di tepi jalan raya itu.
A. bentuk B. keping C. bidang D. batang
6. "Bubuhlah _____________ garan ke dalam kuih kari itu," kata emak.
A. genggam B. cubit C. senduk D. cebis
7. Satu _____________ sayur kangkung ini dijual dengan harga empat puluh sen.
A. batang B. sikat C. tangkai D. ikat
8. Gadis itu bukan saja cantik ______________ berbadi bahasa.
A. tetapi juga B. namun C. tambahan pula D. dan
9. Dia menyimpan semua wangnya di dalam bank ______________ selamat.
A. serta B. supaya C. sementara D. kalau
10. Baiklah berjagung-jagung dahulu ______________ menunggu padi masak.
A. sebelum B. sampai C. sewaktu D. sementara
11. Orang itu ___________ di biliknya sambil memikirkan sesuatu.
A. lalu-lalang B. lintang-pukang C. mundar-mandir D. simpang-siur
12. Abang Hassan menebang pohon itu untuk dijadikan beberapa ____________ tiang dan beberapa _____________ papan.
A. buah, keping B. buah, helai C. batang, keping D. batang, kerat
13. Api pelita itu ____________ ditiup angin.
A. berliang-liuk B. berlenggok-lenggok C. menari-nari D. melambai-lambai
14. Ketua kampung telah ____________ pendapatnya dalam mesyuarat itu.
A. menghamparkan B. menghuraikan C. mencadangkan D. mengulas
15. Ular itu ____________ di atas dahan pohon besar itu.
A. menular B. menjalar C. meraba D. melata
16. Abang ____________ adik mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan semakin hampir.
A. memerintah B. memanggil C. menyuruh D. mengarah
17. Penduduk kampung itu ______________ untuk mengadakan kerja secara gotong-royong.
A. bulat hati B. kata dua C. bulat kata D. kata patus
18. "Saya ingin ____________ abang saya yang belajar di luar negeri," kata Amir.
A. mengikut jejak B. mengikut telunjuk C. membuka langkah D. membuka jalan
19. Orang yang ___________ akan berjaya dalam hidupnya.
A. ringan tulang B. ringan mulut C. ringan kepala D. ringan tangan
20. Doktor menasihati Encik Lim supaya ____________ agar penyakitnya lekas sembuh.
A. bawah angin B. kepala angin C. beralih angin D. beralih akal
TATABAHASA B5
1. __________ botol itu dengan air.
A. Terisi B. Berisi C. Mengisi D. Isikan
2. Saya tidak _____________ beg yang berat itu.
A. terangkat B. keberangkatan C. angkatan D. mengangkat
3. Usah___________ perkara itu kepadanya.
A. tertanya B. menanyakan C. tanyakan D. tanya
4. Kaki Kok Chye sakit kerana_____________ batu.
A. penyepak B. tersepak C. sepakan D. disepak
5. _________ kertas ini ke dalam tong sampah.
A. Membuang B. Buangan C. Buangkan D. Dibuang
6. Peluh yang keluar____________ bajunya.
A. membasahi B. dibasahkan C. dibasahi D. terbasah
7. Kim Her____________ kepalanya apabila ditanya.
A. digelang B. tergelang C. gelengan D.menggelengkan
8 Rozi deman kerana____________bapanya.
A. kerinduan B. dirindui C. merindui D. merindu
9 Dialah yang_________ pinggan itu.
A. terpecah B. memecahkan C. pecahan D. dipecah
10. Perlahan-lahan mereka___________ lereng yang curam itu.
A. diturunkan B. merununi C. keturunan D. penurunan
11. Air sungai ini___________ dengan deras.
A mengalir B menurun C melimpah D menerjun
12. Paul__________dengan pantas apabila hari hendak hujan.
A bergerak B melompat C berjalan D merayap
13. Puan Lim___________sayur dengan pisau.
A. memotong B. membelah C. mencincang D. membedah
14. Eddy___________ terbahak-bahak melihat pertunjukan itu.
A. menangis B. termenung C. tersenyum D. ketawa
15. Mereka___________ bukit itu dengan mudah.
A. menaiki B. memanjat C. mendaki D. merangka
16. Chong Wah sedang memancing__________ di sungai.
A. ikan B. harimau C. ayam D. buaya
17. Ibu negara Malaysia ialah ____________.
A. Ipoh B. Shah Alam C. Kuala Lumpur D. Seremban
18. Emak membeli ikan di___________.
A. sekolah B. pasar C. bank D. hospital
19. ______________ seorang guru yang baik hati.
A. Datuk B. Murid C. Jiran D. Gikgu Lim
20. Saya bercita-cita hendak menjadi seorang_________.
A. bank B. pencuri C. polis D. perpustakaan
Beri simpulan bahasa yang sesuai perkataan-perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.
makan angkat, lepas tangan, keras hati, kera sumbang, kata putus, jauh hati, isi hati, ikut jejak, ibu angkat, hati batu.
2. Abdullah baru datang ke kampung itu. Dia mengambil dan memelihara seorang wanita sebagai ibu sendiri.
3. Abang Kim Seng hendak mengikut contoh ayahnya.
4. Kawan saya melahirkan perasaan yang terkandung dalam hati.
5. Sebab apakah ibu saudara kamu itu berasa tersinggung?
6. Dalam mesyuarat itu mereka mencapai keputusan yang terakhir.
7. Jangan perdulikan budak itu dia memang seseorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain.
8. Abang Ah Meng memang mempunyai kemahuan yang keras, akhirnya dia berjaya menjadi jurutera.
9. Dalam pertengkaran itu, kami tidak campur tangan.
10. Kawan saya yang berpangkat itu seorang yang suka dipuji.
Bahasa Kiasan
1. Rasa buah rambutan itu manis macam ________ .
A hempedu C madu
B cuka D garam
2. Pelari itu berlari pantas macam ________ .
A petir C kura-kura
B kilat D singa
3. Badan Ahmad menjadi kurus macam ________ selepas keluar dari hospital .
A galah C kertas
B lidi D angin
4. Roslin tidak mendengar nasihat orang .Dia itu degil macam ________ .
A getah C siput
B ubat D keldai
5. Semua murid takut kepada guru yang baru datang ke sekolah ini kerana dia
garang macam ________ .
A kancil C harimau
B arnab D gagak
6. Gadis yang cantik seperti ________ itu menjadi pujian pemuda-pemuda di
kampung ini .
A malaikat C bidadari
B bintang D bintang filem
7. Dia tidal mahu makan ubat itu kerana rasanya pahit seperti ________ .
A hempedu C madu
B cuka D arang
8. Budak yang lurus seperti ________ itu mengikut sahaja arahan orang .
A kayu C bendul
B pembaris D titi
9. Badan adik panas seperti ________ kerana demam .
A arang C dapur
B api D lampu
10. peminpin yang zalim seperti ________ dibenci oleh rakyat .
A harimau C firaun
B anjing D syaitan
KATA ADJEKTIF
Garis kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah ini .
1. Nasi yang dimasak oleh kakak terlalu lembik .
2. Tiang itu condong kerana dilanggar lori .
3. Kakinya terasa lenguh kerana terlalu jauh berjalan .
4. Kami memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah rambutan itu.
5. Puan Rasyidah menyedia makanan yang lazat untuk keluarganya.
6. Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu nyaris menemui maut.
7. Jam tangan Ramu lambat sepuluh minit.
8. Puan Ng membalut luka anaknya dengan kain nipis.
9. Ayah memakai baju Melayu berwarna kelabu ke masjid.
10. Pakaian yang tersidai itu masih lembap.
1. Mei Hwa membeli se______ pisang montel .
A sisir C timbun
B longgok D bungkus
2. Ali meletakkan se______ kunci di atas meja .
A jambak C timbun
B berkas D ketul
3. Swee Lan memakai se______ cincin yang cantik .
A utas C bentuk
B buah D laras
4. Abang saya melanggan dua ______ akhbar setiap hari .
A buah C helai
B naskhah D pasang
5. Hanya tinggal beberapa ______ rumah sahaja lagi untuk dijual di taman perumahan itu .
A deret C biji
B pintu D pangsa
6. Aishah pergi ke kedai untuk membeli se_____ garam .
A cebis C butir
B bungkus D ketul
7. Se_____ suami isteri telah tarlibat dalam kemalangan itu .
A orang C pasang
B kumpulan D kawan
8. Benarkan saya mengucap se _____ perkataan dahulu .
A orang C ekor
B kawan D patah
9. Tiga _____ pegawai pendidikan telah datang ke sekolah tadi .
A orang C ekor
B kawan D gugus
10. Sebelum pergi ke sekolah , saya minum se_____ air limau .
A kalung C bungkus
B gelas D keping
1. Dia tidak mahu pergi berjumpa dengan doktor____demam.
A sementara C lalu
B agar D walaupun
2. Adiknya bijak____rajin.
A hingga C serta
B setelah D kerana
3. Puah Esah menjahit baju____menunggu anaknya pulang.
A sementara C meskipun
B sesudah D supaya
4. Pokok bunga itu akan layu____mendapat air yang mencukupi.
A kerana C melainkan
B sementara D seraya
5. Emak menudung lauk itu____tidak dihinggapi lalat.
A supaya C kerana
B lalu D selama
6. Buku ini sesuai untuk pelajar sekolah menengah____tidak sesuai untuk murid sekolah rendah.
A kerana C sementara
B tetapi D sewaktu
7. Jangan guna lif untuk melarikan diri____berlakunya sesuatu kebakaran.
A tetapi C serta
B selagi D sewaktu
8. ____mereka sampai,adik saya sedang bermain di padang.
A Sekiranya C Semasa
B Sungguhpun D Manakala
9. Buatlah kerja itu____selesai.
A serta C sehingga
B manakala D seandainya
10. Sivam terpijak kulit tembikai____tersungkur.
A lalu C sambil
B selagi D tetapi
PENJODOH BILANGAN
1. Mei Hwa membeli se______ pisang montel .
A sisir C timbun
B longgok D bungkus
2. Ali meletakkan se______ kunci di atas meja .
A jambak C timbun
B berkas D ketul
3. Swee Lan memakai se______ cincin yang cantik .
A utas C bentuk
B buah D laras
4. Abang saya melanggan dua ______ akhbar setiap hari .
A buah C helai
B naskhah D pasang
5. Hanya tinggal beberapa ______ rumah sahaja lagi untuk dijual di taman perumahan itu .
A deret C biji
B pintu D pangsa
6. Aishah pergi ke kedai untuk membeli se_____ garam .
A cebis C butir
B bungkus D ketul
7. Se_____ suami isteri telah tarlibat dalam kemalangan itu .
A orang C pasang
B kumpulan D kawan
8. Benarkan saya mengucap se _____ perkataan dahulu .
A orang C ekor
B kawan D patah
9. Tiga _____ pegawai pendidikan telah datang ke sekolah tadi .
A orang C ekor
B kawan D gugus
10. Sebelum pergi ke sekolah , saya minum se_____ air limau .
A kalung C bungkus
B gelas D keping
1. Dia tidak mahu pergi berjumpa dengan doktor____demam.
A sementara C lalu
B agar D walaupun
2. Adiknya bijak____rajin.
A hingga C serta
B setelah D kerana
3. Puah Esah menjahit baju____menunggu anaknya pulang.
A sementara C meskipun
B sesudah D supaya
4. Pokok bunga itu akan layu____mendapat air yang mencukupi.
A kerana C melainkan
B sementara D seraya
5. Emak menudung lauk itu____tidak dihinggapi lalat.
A supaya C kerana
B lalu D selama
6. Buku ini sesuai untuk pelajar sekolah menengah____tidak sesuai untuk murid sekolah rendah.
A kerana C sementara
B tetapi D sewaktu
7. Jangan guna lif untuk melarikan diri____berlakunya sesuatu kebakaran.
A tetapi C serta
B selagi D sewaktu
8. ____mereka sampai,adik saya sedang bermain di padang.
A Sekiranya C Semasa
B Sungguhpun D Manakala
9. Buatlah kerja itu____selesai.
A serta C sehingga
B manakala D seandainya
10. Sivam terpijak kulit tembikai____tersungkur.
A lalu C sambil
B selagi D tetapi
No comments:
Post a Comment