TATABAHASA F1
1. Adik sedang menonton......................di ruang rumah.
A. buku B. radio C. televisyen D. telefon
2. Mengumpul setem adalah...................... saya.
A. kekuatan B. kegemaran C. kepandaian D.kerajinan
3. ..................telah menyampaikan pingat Tokoh Kanak-kanak kepada Zaini.
A. Encik Karim B. Puan Tan C. Perdana Menteri D. Si Comel
4. Pada musim buah-buahan, kami suka pergi ke.................... datuk.
A. kampung B. rumah C. kedai D. dusun
5. .................. ialah bunga kebangsaan Malaysia.
A. Bunga Raya B. Bunga Ros C. Bunga Orkid D.Bunga Kembung
6."Negara............... pernah dijajah oleh orang Inggeris," kata Encik Lam kepada anaknya.
A. kami B. kita C. saya D. awak
7. Cikgu Tan berkata kepada murid-muridnya," sebagai rakyat Malaysia,................... patut berasa bangga."
A.kamu B.saya C. kita D. kami
8. ..................... adik kamu pulang dari sekolah?
A. Apakah B. Bilakah C. Siapakah D. Di manakah
9. Saya amat menghormati Abraham Lincoln kerana ...................... seorang yang bersemangat tinggi.
A.beliau B. baginda C. dia D. tuan
10. Cikgu Azman : .................... buku catatan kamu?
A. Di manakah B. Di sini C. Ke manakah D. Di manakah
11. Guru- guru sedang berbicara.............................. masalah disiplin di sekalah.
A. dengan B. tentang C. untuk D. demi
12. Saya pergi ke perpustakaan ........................ Su Mei.
A. untuk B. daripada C.dengan D. oleh
13. Budak itu selalu menangis ....................waktu malam.
A.pada B.sejak C. di D. dalam
14. Abang saya baik ...................... semua permainan.
A. dengan B. demi C. akan D. dalam
15. Emak membuat kuih-muih....................... menyambut hari raya.
A. untuk B.tentang C. pada D. demi
16. ...................... ada masa, saya akan habiskan kerja itu.
A. Supaya B. Pada C. Kalau D.Semenjak
17. Kamu boleh pilih kemeja merah ini ................kemeja biru itu.
A. atau B. sambil C. tetapi D. lalu
18. ............. dia kaya, ..................... selalu sakit.
A.Kerana, lalu B.Walaupun, dan C. Walaupun,tetapi D. Jikalau, tetapi
19. Bapa pergi bekerja juga .................... badannya kurang sihat.
A. tetapi B. jika C. supaya D. walaupun
20. Emak menunggu kakak di perhentian bas................... sudah larut malam.
A. supaya B. tetapi C. sambil D. walaupun
TATABAHASA F2
1. Abang terjun ke dalam sungai untuk.................... budak yang hampir mati lemas itu.
A.menyelamatkan B. terselamat C. selamat D. diselamatkan
2. Kami mengucapkan ribuan terim kasih kepada semua....................yang sudi menghulurkan derma ini.
A.dermawan B. prasangka C. rupawan D. jelitawan
3. Kerajaan sedang mamajukan kawasan ................ .
A. pedalaman B. dalaman C. pendalaman D. kedalaman
4. Makanan yang .....................badan ialah jenis-jenis makanan yang ................... zat protin.
A. membinakan, mengandungi C. membina, mengkandungkan
B. membina, mengandungi D. terbina, kandungan
B. membina, mengandungi D. terbina, kandungan
5. Rakyat jelata haruslah berganding bahu demi menjamin ...................negara.
A. selamatan B. penyelamatan C. peselamatan D. keselamatan
6. Di hujung kampung itu ada empat.................... rumah.
A. kotak B. pintu C.papan D.biji
7. Kebun sayurnya dirosakkan oleh se.................. lembu.
A. kumpulan B. pasukan C. kawan D. rawan
8. Di dalam perahu itu ada dua ....................jala.
A. rawan B. keping C. buah D.bidang
9. Penjual sate itu membawa beberapa...................lidi ke gerai.
A. tangkai B. bilah C. berkas D. batang
10. Bapa membeli se.....................komputer untuk abang.
A. buah B. biji C. bentuk D. kotak
11. Penguasa Majlis Daerah sentiasa mengambil berat tentang kebersihan di.......................di kompleks ini.
A. kaki bangku B. kaki ayam C. kaki lima D.kaki botol
12. Penghulu itu sangat mengambil berat tentang.........................nya.
A. anak buah B. anak kapal C.anak yatim D.anak tangga
13. Orang tang dihantar ke dalam bilik rawatan cemas itu tinggal.........................sahaja.
A. nyawa-nyawa ikan B. pening lalat C. makan tidur D. cari mati
14. Dalam pertandingan bola jaring itu, Vasanti menjadi .......................pasukan kita.
A.cahaya mata B. mata pencarian C.campur tanggan D. ayam tambatan
15.Budak yang .........................itu memang susah diajar.
A. berat telinga B. buta hati C. geli hati D. pasang teling
16.Pemuda berambut panjang itu telah meragut beg tangan wanita itu.
A. mengambil B. menyerah C. merampas D. menghulur
17.Zaini tidak menduga sama sekali bahawa dia berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Filem Kodak itu.
A. menerima B. merasa C. mengharap D.menyangka
18. Kasim berazam akan belajar dengan bersungguh-sungguh demi melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
A. bertekad B. berfikir C. berharap D. bermimpi
19.Penyanyi terkenal itu sedang menyanyi di atas pentas itu.
A. mahir B. masyhur C. cekap D. jaguh
20. Perhubungan Sura dan Siti menjadi renggang apabila keluarga mereka saling bermusuhan.
A. rapat B. erat C. jarang D. teruk
TATABAHASA F3
1. Ibu bapanya tidak percaya kepadanya kerana ia suka berbohong.
A. berdusta B. jujur C. berkata D. curang
2. Semenjak kemalangan iitu, Encik Ali tidak berani memandu lagi.
A. gagah B. perkasa C. takut D. mundur
3. Sungguhpun Ah leng hodoh dan gemuk tetapi pandai memasak.
A. cantik...nipis B. cantik...kurus C. jelita...tebal D. jelita... rendah
4. Bilik itu gelap kerana tiada tingkap dan tidak dipasang lampu.
A. gelita B. malap C. redup D. terang
5. Walaupun dia sakit ,dia tetap pergi ke sekolah kerana ada peperiksaan.
A. uzur B. sihat C.. lemah D. berani
6. Kawan-kawan Sook kuen mengucapkan.....................kepadanya atas kerajaan cemelangnya.
A. takziah B. tahniah C. minta diri D. minta maaf
7.Selepas bangunan pagi, kami mengucapkan.....................kepada ibu bapa.
A. selamat datang B. selamat malam C. selamat petang D. selamat pagi
8. Murid-murid kelas 4A mengucapkan.......................kepada Cikgu Tan yang masuk ke kelas.
A. selamat sejahtera B. sila duduk C. terima kasih D. selamat kasih
9. Adik mengucap...................kepada ayah kerana membelikannya sebuah kereta mainan.
A. minta ampun B. minta diri C. tahniah D. terima kasih
10. Apabila tetamu melawat Encik Lim selaku pengarah syarikat itu, Encik lim berkata"..............."
A. Minta izin B. Silalah keluar C. Silalah masuk D.Terima kasih
11.Ahmad tidak dapat memakai baju itu kerana dia................. .
A. gemuk seperti badak B. pandai seperti kancil C. bodoh seperti kerbau D. takut seperti tikus
12. Adik tidak suka makan ubat yang............... .
A. manis seperti madu B. liat seperti getah C. pahit seperti hempedu D. masin seperti garam
13. Percakapannya yang ................itu telah menyakiti hati saya.
A. garang seperti harimau B. bisa seperti ular C. lancar seperti air D. sabar seperti nabi
14. Saya tidak dapat mengejar pencuri itu kerana dia berlari................... .
A. bulat seperti bola B. lembut seperti agar-agar C. lambat seperti siput D. pantas seperti kilat.
15.Rosnah tidak berani membantah abangnya yang................ .
A. cerdik seperti kancil B. jinak seperti arnab C. diam seperti tunggul D. jahat seperti hantu
16. Segala________harus diselesaikan secara bertalak ansur.
A. penyampaian B. perselisihan C.pengakuan D.pembedahan
17. Kerajaan sentiasa berusaha untuk _________taraf hidup rakyat negara ini.
A. menerangkan B. meningkatkan C. menurunkan D. mengharapkan
18. Banyak ________diterima oleh guru besar sekolahitu tentang kelakuan anak-anak muridnya.
A. pengaduan B. mengadukan C. mengadu D. aduan
19. Syarahan yang meleret-leret itu_________para hadirin.
A. melucukan B. menggiatkan C. menjemukan D. menggalakkan
20. Emak membubuh_________ garam supaya gulai itu menjadi masin sedikit.
A.secubit B. sebuah C. seikat D. seutas
TATABAHASA F4
1. Polis itu menggunakan ________pistol untuk menembak perompak bank itu
A.sepasukan B.sepuntung C.sepotong D.sepucuk
2. Orang tua itu amat kaya tetapi ________.Sesen pun sangat payah dia hendak menderma.
A.telinga lipis B.tangan terbuka C.tangkai jering D.tidur ayam
3. Omar tidak dipilih untuk mewakili pasukan bola sepak sekolahnya kerana dia seorang______.
A.kaki ayam B.kaki bangku C.kaki botol D.kaki judi
4."Jangan lupa membawa ______santa semasa kau melawatnya di hospital nanti,"pesan emak Farid.
A. buah tangan B. buah hati C. buah mulut D. buah fikiran
5. Saya akan bermain bola pada tiap-tiap hari ________hari Ahad.
A. supaya B. tetapi C. kecuali D. kerana
6. Api itu menyambar atap__________membakar rumahnya.
A. selagi B. lalu C. walaupun D. sejak
7. Pak Abu membajak sawahnya_______jentera pembajak itu.
A. kepada B. pada C. daripada D. dengan
8. Kempen itu diadakan untuk menyedar orang ramai_______Kepentingan kebersihan kawasan ini.
A. oleh B. demi C. tentang D. kepada
9. Orang yang bersemangat______tidak mudah berputus asa.
A. kaku B. lemah C. gigih D. licin
10. Sejak anaknya menjadi doktor,kehidupan Pak Awang sekeluarga bertambah____.
A. jernih B. cerah C. keras D. lancar
11. Pemandangan alam yang indah_____itu sungguh mempesonakan para pelancong dari luar negeri.
A. permai B. comel C. molek D. segak
12. Ayah memuji masakan ibu yang_______itu.
A. masam B. manis C. lemak D. lazat
13. Orang buta itu_____dilanggar oleh kereta semasa melintas jalan raya itu.
A. hati-hati B. mata-mata C. nyaris-nyaris D. orang-orang
14. Padi yang sedang masak itu berwarna_________.
A. kebiru-biruan B. kehijau-hijauan C. kekuning-kuningan D. kemerah-merahan
15. Sikap_______perlu disemai dan diamalkan oleh masyarakat demi mewujudkan perpaduan.
A. sayang-menyayangi B. umpat-mengympat C. hormat-menghormati D. cela-mencela
16. Dia pergi kekedai buku____oleh kakak.
A. berteman B. menemani C. ditamani D. menemankan
17. Dia memberikan buah-buahannya yang___________kepada jirannya.
A. berlebih B. berlebihan C. melebih D. melebihkan
18. Guru itu______kerana dia sangat bertanggungjawab.
A. dihormati B. berhormat C. menghormati D. terhormat
19. Polis_______dua pucuk pistol dalam serbuan itu.
A. merampas B. memanggil C. menyahu D. mencari
20. _________ke gunung kinabalu itu terpaksa dibatalkan kerana cuaca buruk.
A. Daki B. Mendaki C. Didaki D. Perndakian
TATABAHASA F5
1. Ketibaan Perdana Menteri Singapura disambut dengan lima_______tembikar meriam.
A. bilah B. batang C. pucuk D. das
2. Mereka menyeberang anak sungai itu dengan menggunakan se_______rakit.
A. batang B. helai C. buah D. keping
3. Di atas dinding tersangkut se__________selendang.
A. helai B. keping C. buah D. batang
4. Tidak ada gunanya kau hendak berbincang dengannya kerana dia suka______.
A. tunjuk diri B. bertegang leher C. naik angin D. lupa daratan
5. Jalan raya itu sentiasa sahaja sibuk,sentiasa_______dengan manusia dan lalu lintas.
A. bertali barut B. tali nyawa C. bertali arus D. bertali-tali
6. Walaupun pasukan A itu tidak cekap, mereka telah menang kerana pengadilnya______.
A. golok-bergadai B. beri jalan C. berat sebelah D. memberi muka
7. Basikal itu diberikan ayah_______abang sempena hari jadinya.
A. dengan B. kepada C. untuk D. oleh
8. Kucing garang itu mencakar tangan Dollah_________berdarah.
A.sampai B.daripada C.dengan D.kepada
9. Selendang sutera itu dibeli________Medan ,Indonesia.
A. daripada B. pada C. di D. ke
10. Kanak-kanak itubermaindi tempat yang________betul.
A. reda B. tenang C. teduh D. tenat
11. Air di tasik itu sungguh___________.
A. suci B. hening C. sunyi D. sepi
12. Pertunjukan itu menjadai_________ apabila lemalangan itu berlaku.
A. kacau B. riuh C. hara D. haru
13. __________lereng bukit di Lebuhraya Utara-Selatan hendaklah dicegah.
A. Hakisan B. Condongan C. Tegahan D. Luruhan
14. Oleh kerana hari terlalu gelap,kami pun berjalan________sahaja.
A. ratap tangis B. serta-merta C. lintang-putang D. meraba-raba
15. Semut hitam itu kelihatan __________di atas meja.
A. merayap-rayap B. terbang-terbangan C. panjat-memenjat D. susur-menyusur
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong yang bernombor dalam perenggan di bawah ini.
Apabila banjir berlaku ,mangsa-mangsa banjir sibuk (16) barang-barang keperluan dan surat penting sementara (17)bantuan.Kadang-kadang ada juga orang yang mati lemas karana (18) air yang deras itu.Makanan dan ubat-ubatan sukar dibawa kerana jalan raya teleh (19)air.
16. A. berkemas B.mengemas C.dikemaskan D.kemaskan
17. A.ditunggukan B.menunggu C.bertunggu D.ditunggu
18. A.berhanyut B.menghanyutkan C.berhanyutkan D.dihanyutkan
19. A.ditenggelami B.menenggelami C.tenggelam D.bertenggelam
20. Ayah menyuruh Rama membeli ________mancis di kedai.
A. sebakul B. sekotak C. sebatang D. sebilah
No comments:
Post a Comment